Recent Posts

Friday, 28 February 2014

NASIHAT UNTUK SI GADIS MANIS


Untuk dikau si gadis manis
kejelitaan tidak akan berkekalan
usia muda dan sifat keanak-anakan; manja
juga tidak akan kekal
rengekan sekadar keluhan sahaja
: lupakan.

Gadis manis
yang kekal hanyalah ilmu di dada
masa hadapanmu masih terbuka 
jauh dan luas pengisiannya
mungkin penuh dengan pelangi berwarta
: pelajaran itu utama.

Gadis manis usah dikau persia-siakannya
dengan memburu cinta si orang tua 
sifat cinta sebegitu hanyalah sementara
kelak terjumpa cinta seusia
si orang tua tiada lagi bermakna
: tiada gunanya.

Si gadis manis
dengarlah nasihat aku ini
nasihat dari si orang tua
yang mahu engkau berjaya
tidak terleka
di dalam cinta sementara.

Usah dipersiakan usia remaja.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/02/14.

No comments:

Post a Comment