Recent Posts

Tuesday, 18 February 2014

PENYAIR


1/ Penyair miskin
kais pagi
hasil dicari
dicuri
mengais lagi
: kasihan.

2/ Penyair muflis
bergari
iltizam tinggi
ranggi
terbelenggu sendi
: sungguh kasihan.

3/ Penyair haprak
bongkak
menempelak
mengepak lagak
menapak tapak
: memang wajib dikasihani

kesian.

# Penyair prolifik
berencam
beragam
berilham
beresam
pelbagai idam

kentut bergenggam.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
18/02/14.

'Sebenarnya sajak boleh diajar. Yang tak boleh diajar ialah macam mana 'nak jadi penyair. Aspek-aspek sajak seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai-nilai murni, bentuk, nada, rima memang boleh diajar. Yang tak boleh diajar(tak mampu) ialah bagaimana 'nak menjadi seorang penyair. Aku tak tahu bagaimana 'nak jadikan kau seorang penyair. Itu kerja kau sendiri, bukan orang lain. Aku tak boleh paksa kau menjadi diriku. Aku juga tak paksa kau menjadi diri kau. Kau sendiri menjadikan diri kau seperti apa yang kaumahukan.(I don't create poets. The poet alone creates a poet of himself or herself)'

Agi Ghafar Ibrahim buku Suatu kisah kembara cipta puisi: cakap-cakap puisi. (Gabungan dua nama dua era bersama Shahanz Akbar)

No comments:

Post a Comment