Friday 13 June 2014

BOLA DAN SAYA


Perlawanan pertama
bersemangat
Brazil punya pasal
nak pula lawannya Croatia
rugi tak tenguk
walau bukan pasukan pilihan
jam 3.45 pagi
tercongok depan tv
sabar menanti.

Habis perlawanan
masih bersemangat
ambil kain tuala
masuk bilik air
mandi
selepas solat subuh
terus ke tempat kerja
baik punya cerita
tak habis di tv.

Tengari
selepas solat Jumaat
tak sempat makan
terbungkang
perut yang macam bola
tak dengar rintihan
hilang dunia
sampai ke tempat kerja
jam 3.30 petang.

Amek-kau.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
13/06/2014.

No comments:

Post a Comment