Friday 13 June 2014

KEPERCAYAAN


Kupetik bunga jumaat dalam wangian jagat
di lantai bumi aku masih lagi mengheret kepercayaanku
hidup ini juga satu kepercayaan
bukan memetik niat
tapi meminang hasrat
antara syurga dan neraka
iman bukan cagaran
ia tuntutan
juga kepercayaan.


Suara langit menyeru
dan membuka pintu-pintunya
memasukinya bukan kita yang pilih
iman menghantar pesan
menapakinya bukan dengan kaki
tapi kepercayaan
bukan realiti
tapi hakiki.


Kepercayaan ini masih kuheret
percayaku masih dalam kepercayaanku
kita dibina
sedikit membina
antara yakin
juga percaya.


Qalam Bertinta
Klang
13062014
1005am

No comments:

Post a Comment