Recent Posts

Wednesday, 11 June 2014

PANTUN: SYURGA RUMAHTANGGA


Bersandar aku di kerusi malas,
melepas penat sendi dilaras;
Geliat tulang derap berbalas,
lembut rusuk tidak mengeras.

Siapa bilang cuti tak penat,
ke hulu ke hilir tidak beringat;
Kaki lenguh nak tanggal nat,
tapi kan? Cuti berlainan semangat.

Hendak pula seorang memandu,
ke hulu ke hilir kereta menderu;
'Co-pilot' asyiknya beradu,
jalan jem mendatangkan geru.

Anak seronok bukan kepalang,
cuti sekolah berhati girang;
Ada cerita dibawa pulang,
pada rakan kisah dikarang.

Itulah kebahagiaan yang kudamba,
walaupun penat tetap kurela;
Bukan kewangan yang jadi laba,
tapi keseronokan tidak tercela.

Anak-anak semakin membesar,
di dalam dunia kian mencabar;
Keutuhan rumahtangga itu kusasar,
keluarga harmoni kujalur lebar.

Di kerusi malas aku termenung,
tersenyum simpul wajah bersabung;
Kenangan indah setinggi gunung,
kepada-Mu Allah syukur kusambung.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/06/2014.

No comments:

Post a Comment