Recent Posts

Friday, 6 June 2014

SALAM MAGHRIB


Di ambang senja
langit merah temaram
membakar rindu.

Azan bergema
memecah sunyi alam
tinggal dunia.

Sesejuk wuduk
air takungan kolah
meresap kalbu.

Takbir dilafaz
disebut dan diniat
jari terbuka.

Surah fatihah
imam kusyuk membaca
makmum mengia.

Sujud sejadah
akur mengucup lantai
dahi melekat.

Tangan ditadah
doa menutup solat
selawat salam.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/06/2014
8 Syaaban 1435
21.00pm.



No comments:

Post a Comment