koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday 21 October 2013
HARI MINGGU
Bila disebut hari minggu
tertanya pada diri
apa yang istimewanya
bagiku sama sahaja.
Istilah hiburan atau liburan
tiada dalam diari hidupku
yang aku tahu
hari mingguku terisi dengan memenuhi
undangan berzanji andai ada.
Apa yang membezakan
hari mingguku dengan hari-hari yang biasa?
Yang pastinya melihat
ragam anak bongsuku
melayan kucing-kucingnya.
Aku pula
lebih senang mengadap fb
melihat laman puisi
mencatat nukilan hati
bersembang dengan rakan fb.
Tercuit rasa hati
gurau senda sesama sendiri
bagaikan telah lama mengenali.
Lebih baik begini.
ZIE 19/10/2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment