koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday 21 October 2013
MAAFKAN AKU
Maaf
andai ada kelukaan di hatimu
maaf jua
andai bicaraku mengguris sanubarimu
bukan niatku.
Ada luka yang dikau tinggalkan
walau kucuba untuk melupakan
masih jua kurasakan.
Zahirnya nampak kesembuhan
batinnya perit kumenahan.
Adakah dikau merasakan?
Ucapan sayang tiada erti
bicara rindumu terpahat di hati
kini semuanya hanyalah memori
tiada pernah kusesali
walau kesedihan yang menyelubungi.
ZIE 20/10/2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment