koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 14 December 2013
50pp: Motivasi Petang
Biar kecil-kecilan
janji berkekalan
diusahakan ke akhiran
pun secara berterusan
maju perlahan-lahan
capai apa yang disasarkan
apa guna besar-besaran
andai terbengkalai di pertengahan
jadinya ikutlah kemampuan
usah mengikut nafsu syaitan
yang penting ikut perancangan
tahu apa yang dikerjakan
elak yang luar keupayaan
pun mungkin boleh minta bantuan
mudahan beroleh kejayaan
CNM, 14/12/13, BBBangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment