Tuesday 10 December 2013

HASRAT TERPENDAM


Remang warna senja, di langit terbias mega jingga. Bayu laut berhembus, tenang dan mendamaikan. Beburung terbang berkawanan pulang menuju ke sarang. Terkesima aku seketika melihat keindahan alam ciptaan-NYA.

Aku dan sahabatku, Ayu berkejaran menuju ke pantai lewat senja itu. Langkahku terhenti seketika, di kejauhan kelihatan sekumpulan nelayan dengan riak wajah keletihan membawa hasil tangkapan pulang. Walau tampak letih, tetap jua mengukir senyuman.
Bagaikan menyambut kepulangan, setiap dari mereka aku ucapkan salam dan ucapan selamat pulang. Seorang demi seorang hinggalah yang paling akhir, seorang pemuda. Biarlah di sini kusebut namanya sebagai Zai sahaja.

Tiba giliran Zai, saat mata bertentangan lidah kelu untuk mengucap salam. Zai merenungku lantas mengukir senyum. Berdegup jantungku kencang. Zai memberi salam padaku. Terkedu aku seketika, aku menjawab salamnya sambil Zai berlalu pergi. Aku merenunginya hinggakan Ayu menyiku lenganku pun aku tidak perasan.
"Dah kenapa dengan engkau ni?" Ayu bertanya padaku.
"Tak ada apa-apalah" aku menjawab.
Aku memandang Zai yang semakin jauh dari pandangan.
"Mana pula hilangnya dia ni" rungutku.
Zai hilang begitu sahaja, sedangkan baru sahaja aku melihatnya.

Terasa pehaku dicubit seseorang. Perit betul.
"Bangun...solat Subuh" suara mak agak keras.
Dengan mata yang terkebil-kebil sambil jemariku menggaru kepala yang tidak gatal, aku duduk sebentar. Bermimpi rupanya aku.
Dalam hatiku tertanya-tanya mengapa boleh termimpikan Zai. Indah juga mimpiku itu, tanpaku sedar aku tersenyum sendirian.

"Ni...yang tersenyum meleret dah kenapa? solat cepat, nak ke sekolah kan" mak mula berceramah.
Akur dengan kata-kata mak, aku bingkas bangun menuju ke bilik air sambil bibirku tak lekang menguntum senyuman.

~ Bersambung ~

08/12/2013

No comments:

Post a Comment