Sunday 9 February 2014

CENDAWAN SENI


Cendawan tumbuh selepas hujan
begitu juga pejuang seni kehidupan
tiada yang kekal berahi nafsu di genggaman
segelintir sahaja masih memperjuangkan
menghidupkan perjuangan 
anak wayang di persada hiburan.

Mencipta nama di atas dulang
hilang lenyap di tangga gemilang
tidak kekal selamanya berjuang
kalau nafsi telah pun hilang
tidak terkekang-tidak terhalang
kerana itulah pilhan yang dihidang.

Harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
begitulah ghairah apabila hilang
tidak kekal selamanya berwarna.

Datang kaki cendawan pun hilang.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
09/02/14.

No comments:

Post a Comment