Saturday 8 February 2014

DERAP BERDERAP


Penyair 
bersyairlah
luahkan apa dirasa
kebelakangkan kritikan
jangan ambil pusing.

Ambil yang baik,
membina.

Buang yang buruk,
menghina.

Pekakkan telinga.

Buat tak tahu sahaja
kerana tugasmu bersyair
teruslah bersyair
bukan ahlinya
kritik.

Lepaskan tanggungan itu
ke dada pengkritik
kerana tugasnya 
mengkritik
politik.

Labuhkan karyamu
usah jemu.

Labuhkan karyamu
jangan jemu.

Labuhkan karyamu
derap berderap seribu
pelangi syairmu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
08/02/14.

No comments:

Post a Comment