Recent Posts

Tuesday, 11 February 2014

MALUNYA AKU


Malunya aku
pudar warna
koyak sini dan sana
ambillah aku
tukarlah aku.

Malunya aku
lambang negeri dan negara
berkibar megah di angkasa
harganya taklah semahal mana
jadi tatapan pelancong luar dan dalam negara.

Malunya aku
kempen telah berlalu
aku ditinggalkan
berkibar di jalanan
kenapa tak diturunkan?

Duhai yang berkaitan
andai aku punya keupayaan
sudah lama kugantikan
di manakah penguatkuasaan?

~ Monolog bendera ~

ZIE
10/02/2014.

No comments:

Post a Comment