koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 9 February 2014
PERJUANGAN
Bermegah
populariti nama
gah dikenali
terpampang di dada akhbar
dipuja
ditatap mata
hanyalah satu anugerah
bukan satu janji
untuk terus kekal di persada seni
tetapi satu bebanan
tanggungjawab
tergalas di bahu pejuang sejati.
Berusaha tanpa ada jemu
berusaha bukannya untuk hari ini
berusaha untuk terus dikenali
berusaha untuk terus kekal bernafsi
demi masa hadapan
beralas berahi.
Berjuang tiada istilah berhenti.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
09/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment