Saturday 26 April 2014

DALAM TERANG AKU BERSULUH


Telanjangkan aku dalam kritikan
kerana aku perlu ketahuan
di mana kekuatan
di mana pula kelemahan.

Telanjangkan segala selulit
tanpa seutas benang melilit-belit
cuma kupinta tinggalkan sedikit kulit
di bahagian paling sulit.

Jangan puji aku ketika telanjang
kerana aku malu dipandang orang
nanti aku tertolak seludang
jalan terang tak nampak lubang.

Cuma sediakan aku sehelai tuala muka.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
26/04/2014
18.00pm.

No comments:

Post a Comment