Recent Posts

Monday, 14 April 2014

SEBIJI EPAL KECUT


Seandainya epal ini mampu bercerita
ketahuilah kamu!
Begitulah keadaan hatiku di saat ini.

Seandainya epal ini mampu dirawat
bolehkah kiranya kamu?
Merawat hatiku seperti epal yang terawat itu.

Seandainya epal ini tidak lagi diperlukan
buanglah ia ke tanah,
sepertimana aku mahu kaubuang hatiku ini.

Usahlah engkau biarkan ia berulat.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
14/04/2014
17.05



No comments:

Post a Comment