Wednesday 30 April 2014

FENOMENA OBAMA


Tahniah Obama!

Lawatanmu membuka lembaran baru
kehadiran singkatmu mencatat fenomena syahdu
keunggulanmu menyimpul kisah haru
di bawah panji 'Uncle Sam' dikau disambut rindu
terasa pilu dan ngilu
akan kehadiranmu ke negaraku.

Perdagangan dua hala menjadi agenda padu
pelaburan termeterai di kanvas satu
dolar dan ringgit bertukar bagai peluru
peluang pekerjaan berpusu-pusu
disaksi rakan dan seteru
dahulunya meludah ke langit biru.

Tahniah, tahniah, tahniah
sekalung tahniah kuucapkan kepadamu ... ,
Obama

kerana dikau telah membuka mataku
betapa di hadapanku kepala-kepala mengangguk laju
berjabat tangan sambil menggesel muka di malam 'caraouse'
tetapi di belakangmu ... ,
kutuk mengutuk dipalu bertalu
sumpah seranah dihidang seperti selalu.

Kini dikau telah pulang Obama
'Air force one' kamu terbang membelah awan
meninggalkan seribu kenangan
tidak terluput dek sesawang sejarah
yang indah
di benak rakyat yang tersenyum parah.

Semoga Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi
walaupun rakyatnya berpendapatan tidak seberapa tinggi.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
30/04/2014
11.00am.

No comments:

Post a Comment