Recent Posts

Sunday, 13 April 2014

USAH DUDUK DALAM TEMPURUNG


Adat berjamung biarlah rentung,
adat berkampung biar sebumbung.

Bukan setempurung.

*****

Perkara susah usah disusahkan, tenangkan fikiran cuba senangkan pastikan senang hidup berilmu, hidup berilmu minda kan tenang.

Hendak berilmu perlukan guru, perbanyakkan guru banyaklah ilmu. Sekali berguru tamatkan perguruan, ilmunya guru manfaat perguruan.

Sesudah tamat berguru, bergurulah lagi. Carilah lagi guru yang berilmu sekufu tidak seteru untuk manfaatkan ilmu.

Ilmu diterima harus berkembang bukan setempurung duduk terkurung tak dapat dihitung. Minda terpasung hanya menampakkan hidung tak nampak hujung talinya ilmu sentiasa berjamung.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
13/04/2014
16.50.

No comments:

Post a Comment