Wednesday 23 April 2014

MUKA TAK MALU


Pada mulanya aku mengamuk
habis segala di hadapanku
baik meja
kerusi
tong sampah
aku tendang
aku sepak terajang
kerana namaku
tidak terpandang - tidak tersebut
oleh majikan
dalam buletin tahunan.

Tapi bila majikan minta maaf
dan menyatakan namaku
terpilih dalam jurnal tahunan
aku punyalah gembira
melompat-lompat
hipikaiye
yihaa
yahoo.com
hurei
dan yang sama waktu dengannya
macam monyet dapat pisang
aku melompat-lompat.

Tapi kini aku terdiam
menyorok bawah meja
ditutup dengan kerusi
kepala kuserkup dengan tong sampah
kerana malu
semua orang memandang
perangai tidak senonohku
yang tak tahu bersabar.

Aduhai! Malunya aku.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
23/04/2014
01.30am.

No comments:

Post a Comment