Thursday 22 May 2014

CENDAWAN DAN AKU


Cendawan itu aku
aku adalah cendawan
melata di busut rawan
penata di runut insan
meronta di kasut kawan
peneman flora setaman
selepas hujan
selepas taufan
selepas kebasahan
menimpa laman
sepermainan.

Cendawan itu aku
aku adalah cendawan
wujud tidak mengindah
lenyap tidak diendah
ada tidak dikisah
tiada tidak diresah
apa hendak dikata
aku hanyalah cendawan
cendawan itulah ... ,
aku.

Datang mentari bermandi simbah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
22/05/2014
10.10am.


No comments:

Post a Comment