Tuesday 27 May 2014

HARI KE TUJUH: BERSYUKUR


Bersyukur kerana masih bernyawa
bersyukur kerana masih berkudrat sempurna
bersyukur kerana rezeki masih ada
bersyukur kerana keluarga masih bersama
bersyukur kerana teman memahami citarasa
bersyukur kerana ilham masih ada di minda.

Di setiap langkahan kaki penuh kesyukuran
di setiap lenggangan punggung ada kesyukuran
di setiap belaian bayu adanya kesyukuran
di setiap kicauan burung di situ ada kesyukuran
di setiap laungan azan ada lafaz kesyukuran
di setiap pandangan mata penuh rasa kesyukuran.

Aku bersyukur akan apa yang ada di sisi
aku bersyukur akan apa yang telah diberi
aku bersyukur akan apa yang aku dapati
aku bersyukur akan apa yang aku miliki
aku bersyukur akan gaji yang aku kecapi
aku bersyukur akan minda yang tidak terikat dek tali.

Aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Pemberi
kerana Allah tidak akan pernah menzalimi
hamba-Nya yang beriman dan bersyukur
kecuali manusia yang suka menzalimi diri sendiri
yang tamak
dan tidak bersyukur nikmat kuasa yang diberi.

Hari ke tujuh aku bersujud syukur.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
27/05/2014
19.45pm.

No comments:

Post a Comment