Wednesday 21 May 2014

SYAIR PANDA OH PANDA


Terlakarlah sudah sejarah negara
termeterai di kertas tercetak tertera
panda dihajat tibalah segera
duduk dalam zoo bagaikan si kera

Fu Wa dan Feng Yi selamatlah tiba
disambut meriah berpangku di riba
di hatinya rakyat bagaikan tertuba
anak di rumah dibiarkan menangis hiba

kerjasama dua hala alasan berkari
pinjaman diplomatik katanya pak menteri
sebagai pinjaman perlukan kos dicari
untuk membayar pinjaman dari yang memberi

kini dah jelas di matalah kita
kenapa GST harus segera diwarta
siapa membantah pengkhianatlah dikata
berajalah hati bersultanlah di mata

syair panda oh panda menutup tirainya
semoga semua mendapat hasilnya
pintu zoo negara menggamit pengunjungnya
cukai perkhidmatan di atas harga tiketnya.

Aduhailah nasib.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
21/05/2014
23.45pm.



No comments:

Post a Comment