Recent Posts

Sunday, 25 May 2014

HARI KE LIMA: SEMANGAT YANG PULANG


Petang yang aman
awan gemawan
langit terang dihamparkan
tiada berhujan
kaki berlangkahan
berkawad perbarisan.

Badan tegap
hati sedap
rezeki diharap
bukan rezeki bersarap
sepatu bergilap
tapaknya berderap-derap.

Semangat yang jitu
penuh nawaitu
kepada Allah Yang Satu
aku memohon restu
sesegaknya aku
berseragamkan biru.

Hari ke lima
rentak kembali bersatu semula
setelah pagi berlalu selesa
mataku terlena
tiada cela
berbantal gebu di kepala.

Semangat perwira
pemegang cota
mendepangkan dada
jalan bergaya
senyum menggoda
digeruni pun ada.

Alhamdulillah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
25/05/2014
19.30pm.

No comments:

Post a Comment