Recent Posts

Saturday, 24 May 2014

HARI KE EMPAT: MEMANCING


Semalam aku memancing
dapat seekor kap emas bersaiz gadang
yang selebihnya ikan bandaraya
merosakkan net
aku pun melangkah pulang
hati gembira.

Hari ini aku mengulang
di tempat sama
memancing, harapkan hasil berganda
tapi hampa. Hanya tilapia bersaiz tapak tangan
namun bersyukur
walau sedikit pulangan.

Tengari aku pulang
dengan badan keletihan
tak sempat berkemban
aku dah bergelempangan
terus pengsan
padan muka aku.

Petang menjelang
mataku terasa berpalang
penat terhidang
namun aku tetap berjuang
menggagahkan dada yang bidang
demi rezeki, aku bergalang.

Hari ke empat kepala berpusing
malam ini, pastinya bertugas sambil berlengeng
bulu roma akan merinding
hari esok belum lagi kurunding
mungkin akan berehat dari memancing
sebelum nafasku ... berdencing.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
24/05/2014
19.30pm.

No comments:

Post a Comment