Friday 30 May 2014

HARI KE SEPULUH: CINTA


Cinta adalah satu anugerah
untuk mereka yang berkasih sayang
tidak dirasai insan berjiwa buta
menganggap cinta satu permainan.

Cinta sebenarnya satu nikmat - satu rahmat
datang bersama bebanan teristimewa
untuk insan yang terang jiwanya
sanggup memikul tanggungjawab terbina.

Cinta terkadang bukan untuk dimiliki
cukup sekadar pegangan dalam kejiwaan
untuk menandakan jiwa masih bernyawa
sanggup dikorbankan bila-bila masa
demi insan yang tercinta.

Kerana cinta jiwa pencintanya sengsara
sanggup menanggung segala derita
dalam kejauhan cintanya semakin membara
dari derita ada manis tercipta
apabila insan tercinta dilihat bahagia.

Cinta berakar umbi dalam jiwa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
30/05/2014
20.00pm.

No comments:

Post a Comment