Recent Posts

Tuesday, 31 January 2012

ANUGERAH DARI SEBUAH KEGAGALAN



Jatuh cinta padamu satu anugerah bagiku
kehadiranmu di sisiku juga satu anugerah buatku.

Hadirnya dirimu membawa cahaya berseri wajah
ketika hatiku sedang terluka parah dan berdarah, bernanah
aku sambut hadirmu sebagai satu anugerah.

Pertemuan yang tidak disangka dari mulanya kita hanya berteman
hingga melakar sebuah ikatan di dalam tautan percintaan
kuanggap itu juga sebagai satu anugerah kepadaku.

Di saat kebahagiaan kian menjelmakan sebuah keindahan
badai dan taufan datang menyerbu perdu kedamaian
ombaknya membadai ganas menampar keresahan menguji kesabaran
cinta kita diibarat sebuah pertaruhan adakah mampu kita pertahankan
itu juga aku anggap sebagai satu anugerah di dalam percintaan.

Kau dan aku kecundang juga sebelum mampu disatukan
disatukan dalam sebuah ikatan bahtera pernikahan
yang akhirnya terputus di tengah perjalanan.

Ianya juga aku anggap sebagai satu anugerah untukku
anugerah dari sebuah kegagalan.

ss-z/spl/pr..21-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment