Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 7

"Oh! My god"

Tercengang dibuatnya Lelasari
bila terdengarkan suara itu berkata-kata
sambil cuba mencari susuk wajah yang bersuara.

Dalam kelam remang bercahaya yang memasuki gua itu
Lelasari dapat menangkap sesusuk badan yang agak tegap
sedang memandangnya dengan kilauan merah matanya
yang bulat memandang terus ke arahnya bagaikan biji saga.

Terketar-ketar kaki Lelasari
apabila lembaga yang bermata liar
semakin menghampirinya
nak keluarkan air lagi dari seluarnya
tak boleh lagi dah rasanya
kerana tadi telah habis
terkeluar kesemuanya.

Semakin lama
semakin dekat lembaga tersebut!
Semakin semerbak juga
bau yang kurang menyenangkan
terhidu oleh hidung Lelasari.

Hamis, hancing semuanya berbaur
dalam ketengitan yang semakin mencengkam.

Hinggalah lembaga tersebut
benar-benar di hadapan matanya
barulah dapat matanya memandang dengan jelas
akan wajah sebenar lembaga yang digelar Jin Buragas.

'JENG JENG JENG'

"Awat hangpa kencing dalam gua aku"
Tengking jin buragas dengan nada yang agak nyaring
menunjukkan kemarahannya kepada Lelasari.

Lelasari yang dari tadi membatukan diri
rasa tersentap dengan tengkingan jin itu
lantas tercungap-cungap menahan sesuatu
yang seakan tidak mahu keluar dari tekaknya.

Bersambung lagi ya!

Dalam episod seterusnya
bab ke lapan.

Makin suspen ni!

ss-z/spl/pr..27-JAN-2012.





No comments:

Post a Comment