Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 1

Telah tiba satu ketika
di sebuah negeri tidak bernama
akan hikayat seorang pemuda
yang bernama Lelasari
dijatuhi hukuman tidak diperbuatkan
hanya tuduhan tidak berasas
akibat fitnah dari pemuka
yang suka bermuka-muka
yang memfitnah akan dirinya.

Kononnya hendak dijadikan cerita
Lelasari difitnah akan kelakuan sumbang
bermukah dengan seorang jelita
yang menjadi dambaan setiap teruna
dengan kecantikannya yang luar biasa
mempersona terserlah keayuannya
akan namanya Suriawati nama diberi.

Ditangkap ketika sedang berdua-duaan
di kebun sayur akan Pak Kasim si orang kaya
yang mempunyai harta tidak terduga
melimpah ruah hingga ke luar negara
kayanya sahaja mengalahkan harta Bapak Menteri
kerana itulah perangkap di bina akibat hasad dengki dan iri hati.

Mereka ditangkap kononnya bermukah tuduhan diberi
padahal mereka usai membajak dan membaja kebun yang di amanahi
kepada mereka hukuman mati dijatuhi oleh Pak Menteri yang berhati babi
dijatuhi hukuman lewat waktunya dini hari jam tiga nanti
sebelum waktu asar menjelma hukuman harus dilaksanai
sehingga waktu itu berjumpa lagi wahai pembaca yang dikasihi
kerana diriku harus mengundurkan diri buat seketika
kerana mahu mengisi perutku pula yang berbicara
aduh laparnya diriku tidak terkata
ada sesiapa yang mahu belanja?

Sehingga berjumpa di babak kedua.

ss-z/spl/pr..26-JAN-2012.





No comments:

Post a Comment