Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 5

Dalam bab ke empat tempoh hari
gembar yang diberi bukannya Pak Kasim
mahupun Lelasari akan hero hikayat ini
Suriawati jauhlah sekali
hanya sekadar gambar buat penyeri
tukang karut pun bukan ya!

Akan suara yang gegak gempita
yang mengganggu gugat lamunan mereka
rupanya datang dari sebuah gua
yang terletak di belakang kampung tadi
rupanya dekat sangat dengan sebuah bukit
bukit itu juga tiada nama hendak diberi.

Di dalam gua tersebut
ada seekor jin yang menghuninya
rambutnya Ya Allah!
Tak payahlah nak disebut, berserabut
kusut masai, dahlah guanya tiada berperabut
asik kerjanya hanya bersungut
itulah sebabnya gegak gempita
hingga menggugat ketenangan tersebut.

Jin ya?
Atau gergasi?
Bolehlah sahaja
asalkan ada.

Jin inilah yang ditakuti penduduk kampung
sehingga menyorok tiada berkunjung
kerana tebiat jin ini yang suka masuk kampung
mencuri apa sahaja yang bisa tertampung
oleh tangannya yang besar bagaikan gunung.

Oh ya!
Dah janji ya!
Nak cerita pasal Pak Kasim
yang tidak masuk namanya dalam hikayat ini.

Lain kalilah ya!
Panjang sangat dah ni
takut nanti muak pula saudara saudari membacanya
sehingga naik muntah jadinya.

Sambung lagi ya di bab ke enam.

Terima kasih kerana sudi membaca.

ss-z/spl/pr..27-JAN-2012.




No comments:

Post a Comment