Monday 30 January 2012

SAYAP BISU



Sayapku kecarikan bulu
masih mahu membelah angkasa
walaupun pelepahnya berguguran
jatuhnya satu persatu.


Sayapku kecarikan bulu
masih juga tidak mahu mengalah
walaupun sudah tidak segagah usia
tuanya menunggu waktu.


Sayapku kecarikan bulu
masih lagi mahu terus mencuba
walaupun jasadnya mereput, berkedut
ubanku memutih seribu.


Sayapku kecarikan bulu 
dalam warkah yang bisu, membiru
namun masih lagi bernafsu hatiku 
dalam wardah pencarian madu.


Muda di hatiku tetap bersatu
walaupun sayapku kecarikan bulu, bisu.


ss-z/spl/pr..30-JAN-2012.






No comments:

Post a Comment