Recent Posts

Tuesday, 31 January 2012

SEPUCUK PISTOL DUA BUTIR PELURUNYA



Sepucuk pistol berwarna perak bercorak larasnya
berteman dua butir peluru untuk berbicara agenda
menunggu masa untuk aku menggunakannya
buat mengakhiri masaalah yang bertimpa-timpa.

Sebutir peluru aku khaskan dengan namamu
sebutir lagi peluru tertera dengan namaku
biar kita bersatu, menyatu selama-lamanya
hilang di dunia bersua lagi di akhirat sana.

Terbungkang kita tiada bernisan sebagai kenangannya
terlentang kita tiada meninggalkan kesan pada sesiapa
hinggalah busuk tiada tertahan, kehiduan bau hamisnya
mereput jasad hanya tulang belulang, berserakan sebagai tanda.

Korban dari cinta dunia, neraka jahanam galang gantinya.

ss-z/spl/pr..20-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment