Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 8

Suriawati yang sedari tadi
menunggu di luar pintu gua
kerana tidak dibenarkan ikut sama
terasa cemas di dada
akan gempita ke dua
yang tiba dari dalam gua tersebut.

Akan Suriawati kepalanya serabut
hatinya pun sama ikut kecut
perutnya janganlah nak disebut
asik mengerekot kerana menahan senggugut
nak ikut tak pula diberi ikut
hanya menurut arahan yang patut.

Apa yang terjadi di dalam gua
bermain seribu satu pertanyaan di dalam dada.

Kisahnya pula di dalam gua
akan Lelasari yang disapa
Buragas menengking tingginya suara
terkedu lidah seribu bahasa
menahan sesuatu yang mencengkam asa
apakan lagi mencengkam jiwa
menahan suara dari tekaknya.

Tapi akhirnya dengan tidak disangka-sangka!

KAH KAH KAH!

Terhembur deraian tawa, suara
dari tekak Lelasari tanpa diduga.

Nak tahu jawapannya
kenapa Lelasari tertawa bagai nak gila
'cetengok' gambar di bab ke tujuh
pasti saudara saudari juga tertawa sama
'cute'kan jin buragas yang diberi nama!

KIH KIH KIH!

Tukang karut pun turut sama tergelak ketawa.

Akan jin buragas yang mendengar tawaan Lelasari
terus bertanya kenapa beliau tertawa.

"Awat hangpa tertawa?"
"Hangpa tertawakan cek ya!"

Lelasari yang asik dengan tertawanya
berhenti serta merta bila Buragas bertanya
lantas tersenyum tidak bertertawa.

Sambung lagi ya di bab ke sembilan.

ss-z/spl/pr..28-JAN-2012.




No comments:

Post a Comment