Recent Posts

Saturday, 5 April 2014

FIKIRAN FAKIR


I
Senyumku engkar
senyumku tawar
senyumku hambar
senyumku pudar

... liar.

II
Berdiriku resah
berdiriku pasrah
berdiriku gundah
berdiriku lumrah

... rempah.

III
Dalam duduk aku tersenyum
dalam tersenyum aku berdiri
dalam berdiri aku termangu
dalam termangu aku terdiam

... berfikir.

Fikiranku fakir.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS 05/04/14
jam 10.40 pagi.

No comments:

Post a Comment