Recent Posts

Thursday, 10 April 2014

KLASIK


Aku memandang engkau memandang
apa yang aku pandang dan apa pula yang engkau pandang
mungkin sama mungkin juga berbeza
mungkin serupa tapi dalam keadaan berbeza
mungkin berbeza di dalam suasana sama
lokasi dan situasi juga berlawanan
tiada kesamaannya tapi ada kesinambungannya
hanya kita yang merasa hanya kita yang mengetahuinya
tanpa perlu ada yang merencana
kepada kita insan pencinta.

Bergema di udara terasa di dada.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
10/04/2014
08.00.

No comments:

Post a Comment