Recent Posts

Saturday, 5 April 2014

Kupuisikan buat Ahli Parlimen


Kamu diangkat ke Parlimen
atas dasar kepercayaan
mewakili rakyat bawahan
menjaga kebajikan
membebaskan bebanan.


Jangan hanya tinggal harapan
tugasmu dibayar perbendaharaan
tunai tanggungjawab engkau inginkan
rakyat jelata didahulukan
pencapaian jadi keutamaan.


Keperibadianmu jadi tontonan
henti bersikap keanak-anakan
tingkah tak seiring percakapan
integriti jauh ketinggalan
jadi rasional dalam tindakan.


Statusmu bukan sembarangan
serlahkan daya kepimpinan
tunjukkan contoh teladan
yang betul biasakan
yang menyeleweng hentikan.


CNM, 5/4/14, BBBangi.

No comments:

Post a Comment