Recent Posts

Sunday, 6 April 2014

'NASI LEMAK CAKPONG CAKPONG'

Subuh buta yang gelap
langkah menyusup harap
mengintai dalam cerap
mencari di ruang malap.

Leher panjang melihat
kaki jingkit menjilat
lagak pencuri serbat
penuh tipu muslihat.

Pagi masih anak
embun belum ditanak
perut rasa tak enak
gigil kaki berpijak.

"Aduhai kenapa lambat sangat ni?"

Tertanya di dalam hati
ke mana gerangan dicari
mungkinkah tiada pagi ini
mungkin juga dia bercuti.

Perut semakin bernada
amarahnya sedang beraja
dalam sunyi suasana
'suara' terdengar sebatu jauhnya.

Nasi lemak si buah bidara
buah keranji di atas meja
hilang emak hilang saudara
nasi lemak punya kerja.

Aduhai, ilahai, amboihai, alahai

'NASI LEMAK CAKPONG CAKPONG'

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
06/04/2014
jam 0745 pagi.

No comments:

Post a Comment