Wednesday 2 April 2014

SEKADAR CORETAN MERAPU


Katakan aku jahat
sering memainkan hati perempuan
bersifat pelahap,
buaya!
Tapi tidak berdaratan.

Katakan aku ego
sering melenting bila tersentuh
berhidung tinggi,
dubuk!
Tapi bukan di hutan rimba.

Katakanlah apa sahaja
cuma jangan katakan aku kacak
segak bergaya,
Anuar Zain!
Walaupun sama umur.

Kerana aku sedar
perutku memang mancung
sering berusung,
Doraemon!
Cuma tiada isi di kantung.

Dan yang penting
aku tidak mengandung
angin dan air sahaja.

Ahh adoi!
Apa yang aku mengarut pagi ni daaaa.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
02/04/14.

No comments:

Post a Comment