koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 10 May 2014
AKULAH RAJA
"Akulah raja dalam ini negeri" kata P.Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Siapa raja itu? P.Ramleekah? Atau watak dalam cerita itu adalah seorang raja? Atau mungkin juga dialog yang dibacanya itu seorang raja?
Sekarang aku pula raja
raja di dalam ini tempat kerja
keseorangan dari pagi sehingga senja
tiada teman pengganti walau seketika
rehat pun tiada.
Sekarang siapakah raja?
Akukah raja atau syarikat tempat aku bekerja ini, raja?
Hentam sahajalah Labu! Aku belum lagi sewel nak jadi raja walaupun berangan-angan melayan rasa untuk seketika. Janji aku ada kerja.
Hu-waaa!
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
10/05/2014
15.05pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment