Thursday 15 May 2014

KATAKU


'Sesungguhnya Allah Maha Perencana...amin amin amin ya Rabbulalamin. Segala nikmat dan kasih sayang yang diberikan-Nya tidak disampaikan secara terus tetapi dengan cara yang kita sendiri tidak menduga...itulah kebesaran Allah. Cuma kita sahaja yang terkadang tidak menyedarinya. Satu doa dari anak yang soleh sudah mencukupi untuk kesenangan kita di akhirat kelak inikan pula beribu-ribu doa dari anak didik yang soleh...sesungguhnya akaklah insan yang paling beruntung di dunia dan akhirat nanti insya-Allah, amin'

Kata-kataku ini aku sampaikan kepada seorang akak yang amat aku hormati. Seorang guru dan seorang akak yang baik. Seorang wanita yang tidak dikurniakan Allah anak dari rahimnya sendiri tetapi dikurniakan anak didikan yang ramai. Yang pastinya akan mendoakan kesejahteraan hidupnya dunia dan akhirat. Sepertinya aku yang mendoakan kesejahteraan guru-guruku walaupun sudah lebih 25 tahun aku tamatkan pelajaranku. Insya-Allah.

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru, cikgu dan pendidik walau di mana sahaja kalian berada. Aku bangga mengenali kamu semua wahai guru-guruku. Walaupun aku hanya mampu tag segelintir sahaja guru yang aku kenali namun tidak bermakna guru-guru yang lain tiada di hatiku. Kamu semua tetap teman-teman yang aku hormati.

Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
15/05/2014



No comments:

Post a Comment