koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 13 May 2014
KETANG KETUNG
Seni Bahasa & Sastera dan pertukangan khas untuk Kerabat Bicara Karya Penyair DrIbrahim Ghaffar, Saring Sirad, Kasajiza A.S., Raja Ahmad Aminullah, Roslan Md Ali, Termizie Mohamad Lutfie, ayahanda Yassin Salleh.
Aku bertukang
ketang ketung
berusung usang
canggung canggung.
Aku bertukang
ketang ketung
bergunung orang
menung menung.
Aku bertukang
ketang ketung
bersarung parang
sorong sorong.
Aku bertukang
ketang ketung
bergulung sarang
kolong kolong.
Aku bertukang
ketang ketung
berulung karang
kosong kosong.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
13/05/2014
08.00am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment