koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 14 May 2014
'PIRATES OF THE CARIBBEAN'
Tiga orang kapten lanun
Jack Sparrow, Hector Barbossa
dan Devi Jones
terjun di tengah lautan
membuat renangan bebas
walau kaki kebas
setelah Syarikat Timur Laut Inggeris berkeras
melantik Will Tunner mencaras
menjadi kapten baru The Black Pearl
serta The Flying Dutchmen
yang kaya dengan hasil rompakan
harta,
dengan satu harapan
dapat menggunakan kekayaan
kedua buah kapal
untuk menjamin masa depan syarikat.
Will Tunner tersenyum bangga, puas
kerana bagi dia,
boneka pun bonekalah
asalkan berjaya mencaras
cahketing
memegang tampok kuasa.
Kisahnya di pelabuhan Tanah Melayu.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
14/05/2014
08.00am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment