koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 13 May 2014
SETAHUN SUDAH BERLALU
Tak apa!
Kita terima kekalahan kita
mungkin ada hikmahnya
setahun berlalu kini masanya tiba
undur bermaruah itulah cara.
Tak apa!
Biarlah orang mengata
dua penggal sibuk menabur jasa
pengalaman itu yang paling berharga
bukan senang nak rasa.
Tak apa!
Lama dah rasanya
melayu kan mudah lupa
depa bukan tahu apa
mata menjeling tiada berjiwa.
Di hujung tanduk kita letak telur itik
biarlah mereka nak menjentik
janji negeri kita cantik berpantai molek
orangnya pun baik-baik
maruah kita tidak tercarik-carik.
Kan Datuk?
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
13/05/2014
11.40am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment