Thursday 15 March 2012

APRESIASI KARYA ON-LINE(10)



Akhirnya selesai juga
Pembentangan hasil karyaku
Realitinya aku sungguh berpuas hati
Enak dikongsi bersama teman-temanku

Sesuai kukatakan di sini
Inilah yang aku idam-idamkan
Agenda utamaku apabila diserap masuk di sini
Supaya aku dapat berkongsi pandangan tentang karya-karyaku
Impianku telah menjadi nyata

Karyaku dikupas sedalam-dalamnya
Amat takut juga pada permulaan forum di buka
Ragu akan diterima atau tidak oleh semua
Yakin boleh! Itulah keyakinanku
Aku teruskan memerhati setiap komen diberikan

Oklah yang boleh aku katakan di pertengahan pembentangan
Nurani berkata! Buat apa aku nak gentar lagi?
-
Lahirlah ilham untuk aku terus menukilkannya
Ilhamku realisasikan di sini
Nukilanku abadikan juga di sini
Emosiku sebak dan penuh rasa bangga kerana aku bernombor!
(10).

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA DI GPMN.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
10-12-2011 jam 0020am.

No comments:

Post a Comment