Sunday 18 March 2012

PEMBOHONGAN




'Siakap senohong...gelama ikan duri'
'Bercakap bohong...lama-lama mencuri'


Lihatlah...dan kau pandanglah
dunia tanpa sempadan...dunia penuh bidalan
sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya pasti akan jatuh ke tanah juga.


Seperti dunia yang tiada bersempadan
seperti itulah kecilnya dunia di alam maya ini
hari ini kita berbohong
hari esok tanpa kita sedar
kita sendiri terbuka tembelang
akan kebohongan kita.


Eloklah...dan kau amalkanlah
bila bercakap engkau suka berkata bohong
dan mungkin juga engkau terlupa
bahawa setiap kata-kata itu
adalah satu doa yang paling nyata.


Dan di suatu hari nanti
Allah pasti akan membalas
apa yang kita doakan
lambat atau dengan kadar segera.


Itu yang pastinya.


ss-z/spl/pm...18-mac-2012.



No comments:

Post a Comment