Sunday 25 March 2012

PUTRAJAYA



Putrajaya indah panoramanya
memikat hati akan kedamaiannya
cantik, bersih, aman dan sentosa
sentiasa terjaga kebersihan dan keindahannya.

Putrajaya tersergam indah di mata dunia
menjadi sebutan rakyat beraneka bangsa
akan ujudnya di pentas antarabangsa
membuat Malaysia semakin terkenal dan ternama.

Putrajaya lambang kemegahan negara
tersusun mercutanda tersergam pula pencakarlangitnya
juga tasiknya yang luas beraneka aktiviti tersedia
mengasyikkan mata dan minda bila ditatap di waktu senja.

Putrajaya kau membuat aku rasa berbangga
kerana menjadi rakyat sebuah negara yang merdeka
kulafaskan janji dan ikrar taat setia kepada negara
selagi bernyawa akanku pertahankan maruah Malaysia.

Putrajaya akulah anak Malaysia.

ssz/spl/pm...25/3/2012

No comments:

Post a Comment