Sunday 11 March 2012

selendang layaran




lautku kematian angin lagi
terumbang ambing berolengan sendiri
terhenti tiada terkemudi
kerana sikapku yang selalu alpa di awal pagi


lautku kematian angin lagi
membuat aku kematian urat nadi
tak tahu harus bagaimana harus aku kemudi
kerana dayungku tertinggal di pedati mimpi


lautku kematian angin lagi
tak tahu di mana silapku hari ini
kusandarkan kepercayaan selendangmu akan berbakti
sebagai layar sejati menemani hati
rupa-rupanya selendang kubawa koyak di tepi


Pelaut Malang Berduka Hati



No comments:

Post a Comment