Thursday 22 March 2012

Skrip Wartawan Penyiaran Yang Membuat Liputan Kes Bahagian II



"Ok...kali ni tak salah mahkamah lagi ya"
"Semua dah sedia?"

Bersiaran semula kita
di pekarangan Mahkamah Cinta THMT
di mana sekarang ini waktu rehat
kerana hakim yang mengadili kes
Cikgu Nik Mie minta tempoh sebentar
ingin ke tandas kerana masih terkesan lagi
akibat dari kesan 'JULAP'
yang dimakan olehnya semalam.

Sekarang ini kita bersama dengan 'Peguamcara'
En. Karam Singh Waliau
yang akan membela tertuduh Pak Chu Supian
akan kes beliau yang didakwa
mencuri hati pembaca dengan 'PUISI-PUISI' Cintanya
sehingga ada yang terbuta mata kerana kilauan dari cahaya 'CINTANYA'.

Wartawan: "En. Karam Singh Waliau bagaimana dengan perjalanan kes tersebut"

Karam: "Errr...so far so good"

Wartawan: "Apakah ada harapan buat tertuduh untuk lepas dari pertuduhan?"

Karam: "Karam di laut boleh diselamatkan...karam di darat terdampar kehausan"
" Menyusuri belukar biar berhati-hati
umpama ular tiada kaki
masuk pakai seluar 'dengri'
jangan pula keluar pakai skirt mini"

"Berhati-hati bila di jalanraya
kerana ada kereta, motor, lori dan bas mini
harap-harap lepaslah sebelum raya
bolehlah Pak Chu menambah stok bini"

"Sunah Nabi tu...andai termampu"

"Dan akhir sekali"

"Berakit-rakit mudik ke hulu
biarlah tahu yang mana patut didahulu
kepada Pak Chu inilah nasihatku
kalau berpuisi cinta tu...janganlah terlalu merdu
asik hati pembacanya tu
sehingga menikam kalbu"

"Terima kaseeeeeeeeeeeh(ala-ala David Arumugam)"

Terima kasih En. Karam Singh
akan ulasan kes yang cukup...

"Nanti...nanti dulu saya tak habis cakap lagi"

"Ada lagi yang En.Karam nak katakan?"

"Ya lah...wajib belum lagi ma"
"ok...macam ni..."

"Bulat pembentung kerana bergotong royong
bermuafakat membawa seribu keberkatan
hari-hari janganlah asik nak menyotong
ingat-ingatlah sikit kera di hutan...yang kelaparan"

"Ada kena mengena dengan perjalanan kes ke En. Karam?"

"Tak adalah...sahaja je nak lepaskan gian...kih kih kih"

Cuuuuuuut...aduhai 'tensen' sungguh buat liputan macam ni!!!

ss-z/spl/pm...22-mac-2012.

No comments:

Post a Comment