Sunday 11 March 2012

tercemar suasana di tepi laut senja



senja ini aku duduk di dermaga sepi
ditemani sebatang joran yang tidak bertali
cuba untuk mengail sebuah ilusi
tentang kejadian rona pelangi di langit yang tinggi
ciptaan agung Allah Yang Maha Suci
yang mencipta langit dan bumi

tapi lain yang aku hajati, lain pula yang aku dapati
rona pelangi berlalu sepi pergi meninggalkan langit tinggi
bergantian pula sang unggas tak sedarkan diri
hiruk pikuknya bergema menggamatkan suasana senja di dermaga sepi
riuh bagaikan merekalah sahaja penghuni bumi Illahi
mahu sahaja aku cemati mereka dengan joranku yang tidak bertali

agar mereka tahu untungnya hidup di muka bumi ini
jangan jadi seperti tong kosong berdengung bila tidak berisi

Pelaut Malang Berhati Simpati

No comments:

Post a Comment