Monday 26 March 2012

KEGAGALAN DAN KEJAYAAN YANG BUKAN MILIK KITA



Gagal atau berjaya bukan milik mutlak kita
kerana ianya adalah milik Allah SWT
sebagai penentu kepada segala usaha
yang kita lakukan dan laksanakan
sama ada sambil lewa
ataupun secara bersungguh-sungguh
dan bersyukurlah dengan apa yang ditentukan olehNya
kepada kita semua
sama ada berjaya ataupun gagal.

Ingatlah...sesungguhnya
apabila kita berusaha dengan tekun
maka kejayaan akan dianugerahkan kepada kita
begitu juga jika kita tidak berusaha
dan mengambil mudah segala
apa yang kita lakukan
maka kegagalanlah
yang akan kita terima
dari apa yang kita lakukan
sambil lewa oleh Allah SWT.

Jadi ingatlah wahai ibubapa
dan para pelajar semua yang dihormati
kejayaan atau kegagalan
dalam sesuatu keputusan peperiksaan
yang diambil dan diterima
bukannya penentu
akan kegagalan atau kejayaan selama-lamanya
melainkan jika kita teruskan berusaha
dengan lebih gigih dan berani
serta sentiasalah berdoa kepada Allah SWT
semuga kita dikurniakan dengan segala kebaikan dariNya
akan apa yang kita lakukan untuk terus berjaya.

Ingatlah pepatah bahasa ini
dan sematkan sentiasa di dalam dada...

' MASAKAN KITA BISA MEMPEROLEHI SAGUNYA
KALAU KITA TIDAK BERUSAHA MEMECAHKAN RUYUNGYA'

Kegagalan dan kejayaan bukannya milik kita untuk menentukannya.

ssz/spl/pm...26/3/2012.

No comments:

Post a Comment