Thursday 1 May 2014

HANYA GURAUAN


Gong gong, gong gong

... pabila larut malam
ehhh! Itu lagu Saloma
silap ... begini
saya ulang.

Gong gong, gong gong

... pabila malam melabuhkan tirainya
bersama lolongan anjing di belakang asrama
tercegatlah aku di meja usang berbangku
bertemankan komputer riba dan halaman muka-buku

meneroka sempadan baru
dalam mencari satu dimensi baru
untuk mencaknakan bahasaku
untuk kulakarkan di dalam karya-karyaku.

Sedang aku memasang telinga
mengesan bahasa lolongan tergema
entah bila aku pun tak tahu masanya
jariku ligat berdansa, bertemasya

mengikut lolongan irama
bersahut-sahutan di malam tanpa purnama
tiada cahaya hanya gelap gulita
berganti pula lolongan yang bergema.

King king, king king

... maaf, itu bukan suara anjing
tapi suara batuk dari kerongkongku
sedang berdencing.

Maafkan aku ya! Memang aku sengaja mahu kenakan semua.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
01/05/2014
00.15am.

No comments:

Post a Comment